Friday, 19 October 2012

Gambar Besar Di Chat Facebook

assalamualaikum . hari ini admin ada nak share tentang cara nak buat gambar besar dekat chat .
tanpa bnyak bicara lagi. jum start .


Tutorial nya :'-


* anda harus membuat satu *note* di facebook click here
* letak kan kode ni dekat bahagian Note tu


<img src=' http://www.picgifs.com/anime/anime/shin-chan/anime-shin-chan-917395.gif '>


* link yang berwarne purple tu , tukar dengan korang punya LINK gambar sendiri , terpulanglah nak cari gambar LINK kat mana...kat google bnyak...
Contoh gambar



* Lepas dah selesai yang Nih korang Save.
* nanti Note tu Berubah Menjadi Gambar
Contoh Gambar



* lepas tu korang copy Link Korang Punye note
mcm gambar kat atas tuu...

* sudah copy...
* kat bahagian chat tu ada Option kann...
tekan dekat "See Full Conversation"


* lepas dah kluar ruang massage
* paste kan LINK note yang di Copy tadi..
contoh gambar



*lepastu korang padam LINK tu...Then tekan Send...
*Lihat Hasilnya...


Saturday, 6 October 2012

Pengguna Facebook Kini Sudah Mencecah 1 Bilion


Satu pertujuh penduduk dunia habiskan masa secara aktif di halaman sosial

NEW YORK: Rangkaian halaman sosial Facebook kini mempunyai 1 bilion pengguna yang menghabiskan masa secara aktif, kata Ketua Eksekutifnya, Mark Zuckerberg semalam. Angka berkenaan dicapai pada 14 September jam 12.45 tengah hari, dan bermakna kira-kira satu pertujuh daripada penduduk dunia kini adalah ahlinya.

Tidak dapat dipastikan bagaimana pengguna aktif ini didefinisikan tetapi NBC melaporkan bahawa pengguna palsu dan akaun terbiar tidak dikira dalam jumlah 1 bilion terbabit.
Membantu satu bilion penduduk berhubung adalah menakjubkan, hebat dan setakat ini adalah perkara paling membanggakan dalam hidup saya," Mark Zuckerberg, Ketua Eksekutif Facebook


Halaman sosial yang dicetuskan oleh Zuckerberg ketika beliau di Havard kira-kira sedekad lalu, kini menjadi tuan rumah kepada pelbagai jenis permainan di talian.


Zynga dan Electronic Arts pada masa ini tersenarai di dalam syarikat di bawah Facebook dengan nama The Ville dan The Sims Sosial manakala pembangun permainan Insomniac Games, baru-baru ini melancarkan permainan pertamanya, Outernauts.

Zuckerberg juga berkongsi beberapa perkara lain dalam Facebook. Berdasarkan data dari syarikat terbabit Facebook antara lain memiliki:

* 1.13 trilion ‘like’ sejak dilancarkan Februari 2009.

* 140.3 bilion hubungan rakan.

* 219 bilion gambar yang dimuatnaikkan (265 bilion jika gambar yang dipadamkan dikira)

* 17 bilion lokasi tag pos, termasuk daftar masuk (check-in)

* 62.6 juta lagu dimainkan sebanyak 22 bilion kali.

Maklumat lain mendedahkan umur pengguna utama Facebook adalah 22, menurun daripada 23 ketika Facebook mencecah 500 juta pengguna pada Julai 20010.

Sebagai tambahan pengguna yang masuk ke Facebook melalui alat mudah alih kini berjumlah 600 juta.

Secara keseluruhan ahli Facebook menjadi rakan antara satu sama lain sebanyak 140.3 bilion kali, mengirim sejumlah 1.13 trilion ‘like’, dan 219 bilion gambar, kata firma terbabit. - Agensi

SUMBER BACKLINK ~ kluangtoday.blogspot.com


Thursday, 4 October 2012

ATM Biometrik, Tarik Wang Tanpa Kad ATM

Di Japan, Bank Ogaki Kyoritsu, Ltd memperkenalkan ATM untuk menarik sejumlah wang tunai yang tidak memerlukan kad atau buku Bank. Untuk dapat bertransaksi para nasabah bank hanya perlu memasukkan tarikh lahir dan menScan tepak tangannya ke permukaan perangkat Scan khusus.

Pihak ahli Ogaki Kyoritsu mengatakan bahawa metode identifikasi biomtrik ini lebih aman daripada scan jari.

Pengembangan generasi baru dari ATM ini dimiliki oleh perusahaan Japan Fujitsu. Teknologi pemindahan dapat mengenali pola vaskular tangan manusia. Ini hanya cukup untuk meletakkan tangan pada jarak dekat dari permukaan layar tanpa menyentuh layar.

Fujitsu mengklaim itu adalah sebuah eksperimen yang menunjukkan bahwa sistem dengan benar bisa mengenali orang di tapak tangan dalam waktu 1,34 saat. Para pengembang berjanji bahwa tangannya sendiri dalam waktu dekat akan dapat membayar pembelian di kedai manapun.


Wednesday, 3 October 2012

download adobe photoshop cs6